Home > BesChat > Broadcast Messaging Hantar Mesej Pukal Sekaligus

Broadcast Messaging Hantar Mesej Pukal Sekaligus

 

 

📢 Fungsi Broadcast – Hantar Mesej Kepada Ramai Kontak Dengan Mudah & Pantas

Ciri Broadcast dalam sistem WhatsApp CRM seperti BesChat membolehkan anda menghantar mesej kepada ramai penerima dalam satu masa — tanpa perlu mesej satu persatu. Ia sangat sesuai untuk kempen pemasaran, pengumuman, follow-up dan komunikasi berkala dengan pelanggan.

Berikut ialah jenis-jenis Broadcast yang anda boleh gunakan:

 

✅ 1. Broadcast ke Semua Contact

  • Hantar mesej serentak kepada semua nombor yang disimpan dalam senarai contact anda.
  • Sangat berguna untuk menyebarkan maklumat penting dengan cepat.
  • Jimat masa, tak perlu mesej satu per satu.

 

✅ 2. Broadcast Berdasarkan Label

  • Sasarkan mesej mengikut label yang anda tetapkan pada setiap contact.
  • Contoh label: Pelanggan Baru, Pelanggan VIP, Prospek Panas.
  • Membantu dalam segmentasi pelanggan untuk mesej yang lebih tepat dan relevan.

 

✅ 3. Broadcast ke Semua Group WhatsApp

  • Hantar mesej kepada semua group yang anda sertai.
  • Sesuai untuk:
    • Pengumuman promosi
    • Notis penting
    • Jemputan ke acara/kursus

 

✅ 4. Broadcast kepada Semua Ahli Group (Individu)

  • Hantar mesej secara peribadi kepada setiap ahli dalam sesuatu group.
  • Setiap orang akan terima mesej di inbox mereka sendiri (bukan dalam group).
  • Sesuai untuk follow-up peribadi, ucapan khas atau mesej penting.

 

✅ 5. Broadcast ke Nombor Yang Tidak Disimpan

  • Hantar mesej ke nombor telefon yang belum disimpan dalam contact anda.
  • Mudah digunakan untuk:
    • Follow-up prospek dari senarai luar (contoh: dari Google Form, Excel, dll)
    • Blast mesej ke leads baru tanpa perlu simpan satu per satu.

 

✅ 6. Broadcast Dengan Mesej Peribadi (Custom Parameters)

  • Jadikan mesej anda lebih personal dan mesra dengan parameter dinamik seperti:
    • {name} → akan tukar automatik ikut nama penerima
    • {order_number}, {product}, {appointment_date} dan lain-lain
  • Contoh mesej:

    Hai {name}, tempahan anda ({order_number}) telah disahkan. Terima kasih!

 

💡 Kelebihan Fungsi Broadcast:

  • Menjimatkan masa & tenaga
  • Meningkatkan kadar respon pelanggan
  • Sesuai untuk promosi, notis, reminder, dan hubungan berterusan

Azcom Solution Logo
Penyedia penyelesaian dan sokongan teknologi maklumat, rangkaian,
serta solusi digital untuk perniagaan anda.

PC & Laptop Repair | Printer Repair | Microsoft 365 | WhatsApp CRM